Home Artikel PAS Melaka

Pemuda PAS Alor Gajah Ziarah Guru-guru PASTI

436
SHARE


Oleh: Siti

ALOR GAJAH : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Alor Gajah (DPPKAG) yang diketuai oleh Fitri Mokhtar telah menyampaikan bantuan barang dapur kepada warga PASTI di sekitar kawasan ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi PASTI yang juga Timbalan Ketua DPPKAG, Afif Che Roslam berkata, ini merupakan program harian Pemuda PAS sejak 24 Mac lepas, di mana Pemuda PAS akan menziarahi dan menyantuni sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan barangan dapur sekadar termampu.

Mantan AJK DPPKAG sesi lepas, Helmi Halim yang turut hadir menjayakan program ini pula berkata hikmah daripada perlaksanaan PKP telah memberi peluang kepada beliau sendiri untuk bersama sahabat seperjuangan untuk berbakti dengan masyarakat.

“InsyaAllah di mana saya bertugas, hati saya tetap bersama Pemuda Alor Gajah dan saya sedia membantu.” ujar beliau.

Pihak DPPKAG berharap agar dengan sedikit sumbangan yang tidak seberapa ini dapat mengurangkan bebanan orang ramai. DPPKAG juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang menyumbang dana sehingga program ini dapat dijalankan dengan sempurna.

DPPAG juga turut menyeru rakyat Malaysia menjayakan pelaksanaan PKP bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang melanda negara.