Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Panduan Ringkas Pelaksanaan dan Panduan Qunut Nazilah ketika Wabak

12018
SHARE

#Panduan Ringkas Pelaksanaan Qunut Nazilah ketika Wabak

• Nazilah (nawazil)bermaksud peristiwa atau bala bencana yang menimpa umat Islam.

• Qunut nazilah disyariatkan ketika umat Islam ditimpa bala bencana atau musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya.

• Hukumnya sunat

• Dalil daripada hadith :

“Ketika Nabi S.A.W sedang mengerjakan solat isya’ sebaik sahaja baginda membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kemudian terus membaca doa sebelum baginda sujud dengan sebutan : Ya Allah, selamatkan lah ‘Ayyash bin Abi Rabi’ah, Ya Allah, selamatkan lah Salamah bin Hisyam. Ya Allah, selamatkan lah Al-Walid Ibn al-Walid. Ya Allah, selamatkan lah golongan yang tertindas dari kalangan orang beriman. Ya Allah, Kau beratkan lah hukuman-Mu ke atas suku kaum Mudhar. Ya Allah, jadikanlah ia seperti tahun-tahun Yusuf (tujuh tahun yang penuh kesulitan).”

Riwayat Al-Bukhari (122)

Tatacara:

• Dibaca dalam solat-solat fardhu sahaja, sama ada solat berjemaah atau bersendirian.

• Jika dilakukan secara berjemaah, imam membacanya secara kuat dan makmum mengaminkannya. Sunat baca secara kuat termasuk solat Zohor dan Asar.

• Jika dilakukan secara berseorangan maka ia dibaca perlahan.

• Dibaca semasa i’tidal selepas bangun daripada ruku’ dalam rakaat yang terakhir

• Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah

• Sunat angkat kedua tangan semasa berdoa.

• Tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.

Antara cadangan doa qunut nazilah

اللَّهُمَّ اهْدِنا فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنا فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لنا فِيمَا أَعْطَيْتَ وقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

اللهم إلَيكَ نَشْكُو وَإيَّاكَ نَرْجُو أَنْ تَدْفَعَ عَنَّا الْبَلَاء والوَبَاء والفِتَنَ والمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بطَن يا أرحم الراحمين ويا مُجِيبَ السَّائلِين

اللهم إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ وَالجُنُونِ والْجُزَامِ وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَام

وصَلَّى اللهُ وسلَّم علَى نَبيِّنا محمَّدٍ وعَلى آله وصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Sumber:
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4322-al-kafi-1660-adakah-qunut-nazilah-dituntut-dalam-situasi-covid-19

Terbitan: Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia