Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Jasamu Dihargai, Terima Kasih Para Petugas Kesihatan Seluruh Negara

1145
SHARE

Jasamu Dihargai, Terima Kasih Para Petugas Kesihatan Seluruh Negara

Dalam suasana dunia menghadapi wabak COVID-19 ini, pastinya pelbagai perasan berkecamuk dalam diri kita. Apatah lagi wabak ini semakin meruncing di negara kita bahkan di luar negara juga.

Namun perlu kita sedari terdapat khidmat insan lain dalam mencurahkan sepenuh pengorbanan dalam membanteras wabak pandemik ini daripada terus menular.

Oleh itu, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan ribuan terima kasih tidak terhingga buat semua petugas kesihatan dan perubatan di semua peringkat yang telah berkorban sepenuhnya dalam menangani wabak ini.

Semoga kalian semua dilindungi oleh Allah SWT serta mendapat ganjaran yang sebaiknya, In shaa Allah.

Mari bersama kita ikuti langkah-langkah pencegahan yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. Bersama kita memperbanyakkan istighfar dan berdoa agar kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan terselamat daripada wabak ini.

“Malaysia Sejahtera”

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
24 Rejab 1441
19 Mac 2020

#stayAtHome
#PerintahKawalanPergerakan
#terimakasih