Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

ZIARAH AHLI PAS YANG DI UJI DENGAN SAKIT

84
SHARE

Jun 21, 2024

Kuala Lumpur – Skuad Prihatin telah selesai menziarahi dan menyerahkan sumbangan kepada bapa Na Rosnani, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa Wilayah Persekutuan yang sedang diuji dengan sakit.

Menurut Na Rosnani, bapanya telah menghidap penyakit ketumbuhan di bahagian kepala dan baru sahaja selesai membuat pembedahan bertempat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), semalam.

Turut hadir dalam ziarah ini Dr Rosni Adam, Timbalan Ketua Muslimat PAS (DMPM), Puan Sharifah Rashida, Ketua Muslimat PAS Titiwangsa berserta Puan Zurina Din, Timbalan Pengerusi LKK (DMPM) dan Puan Khadijah Mahmud, Unit Ziarah LKK (DMPM).

Semoga Allah memberi kesembuhan dan kekuatan buat beliau menghadapi ujian kesihatan ini dan dipermudahkan segala urusannya.