Kita sering dimomokkan dengan naratif negatif jawi dalam kehidupan kita sehari hari di Malaysia. Dianggap jawi sebagai agenda Islamisasi suatu perkara yang tidak tepat pada keindahan seninya.
Maka pada Sambutan Tahun Baru Cina PAS Johor baru baru ini, Lajnah Perpaduan Nasional & Hubungan NGO DPPNJ yang dipengerusikan oleh Ustaz Abd Rahman telah mengambil peluang dan ruang menyatukan kaligrafi Cina dan tulisan Jawi dalam mengharmonikan sesama bangsa.
Tetamu yang hadir dari golongan Tiong Hua turut mengambil peluang mendekati dan mengenali dengan lebih dekat tulisan Jawi. Penerangan telah disampaikan oleh Ust Syaza dan Mr Adam Chu. Tiada rasa kekok dikalangan tetamu untuk memegang plakad tulisan Jawi & kaligrafi Cina.
Turut mengambil bahagian adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin dan Ketua Pemuda MCA Johor, Ling Tian Soon. Masing masing menulis kaligrafi Cina dan tulisan Jawi.
Kaligrafi Cina & tulisan Jawi mampu menjadi alat penyatuan dan kesinambungan dalam Muafakat Nasional itu sendiri. Cara ini membantu kita lebih memahami budaya antara kaum agar kita lebih hormat menghormati di antara satu sama lain. Hal ini disokong oleh Ketua Pemuda PAS Johor, Ust Ahmad Nawfal Bin Mahfodz dalam ucapannya “Kita ingin meraikan persamaan, dan menghormati perbezaan. Inilah keunikan Malaysia yang perlu dihargai”
DPPNJ juga ingin merakamkan jutaan terima kasih atas keterlibatan UMNO , MCA & MIC Negeri Johor. Tidak lupa MACMA Muar yang banyak membantu bagi menjayakan majlis kali ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Johor kerana memberikan peluang ini.
Sekian, wassalam
Terima kasih.
Selamat Tahun Baru Cina
Disediakan Oleh:
Lajnah Perpaduan Nasional & Hubungan NGO
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
8 Februari 2020