Home Kenyataan Media PAS Sarawak

JENTERA PAS SIAP SEDIA MENANGI KERUSI DITANDINGI

877
SHARE

Pilihanraya negeri ke-12 merupakan penanda aras terbaik buat PAS Sarawak mengembangkan pengaruh politik sekaligus memenangi sekurang-kurangnya satu Dun di Sarawak.

Beting Maro merupakan dun prospek yang baik untuk PAS menang. Memandangkan lokaliti dan dinamika budaya politik penduduk di sini yang terbuka, sekaligus menyakinkan PAS mampu memenangi Beting Maro kali ini.

PAS Sarawak sedang memantapkan Jabatan pilihanraya kawasan khususnya di Beting Maro dalam semua aspek termasuklah pemilihan calon dan strategik menawan hati pengundi. Lantaran itu, PAS Sarawak telah mewujudkan pasukan “task force” dengan melatih protege-protege jentera Beting Maro dengan kerjasama PAS Kelantan.

Kegagalan membangunkan Beting Maro dan mengatasi permasalahan penduduk di sini yang masih dibelenggu dengan isu-isu kemudan asas seperti bekalan air, pembangunan hiliran dan pengangguran dikalangan anak muda serta kadar kemiskinan. Permasalahan ini, memberi gambaran bahawa Beting Maro memerlukan YB yang baru dan sangat kompeten dalam masa yang sama mampu mengatasi masalah yang dihadapi penduduk.

Justeru, Pemuda PAS Sarawak meletakkan keyakinan tinggi dengan perancangan dan strategik jentera PAS yang mantap serta tersusun, mampu membawa sinar dan harapan baru buat penduduk di sini untuk mendapat pembelaan dan keperihatan dari pihak kerajaan.

Selain gerak kerja dan program turun padang PAS Beting Maro, penerimaan dan sokongan penduduk terhadap PAS sentiasa meningkat jika dilihat dalam siri-siri pilihanraya lepas. Oleh yang demikian, Pemuda PAS Sarawak sangat optimis sekiranya program pemantapan protege jentera Beting Maro mencapai objektif dan misi yang digariskan, tidak mustahil Beting Maro bakal menjadi salah satu dun yang diwakili PAS dalam PRN12 kelak.

HAMDAN BIN SANI
KETUA PEMUDA PAS SARAWAK