Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Perutusan Tahun Baru Cina

1773
SHARE

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Tionghoa di Malaysia. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini membawa keharmonian dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

PAS sentiasa mengangkat usaha keharmonian kaum selari dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat ke 13,

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ
Wahai Umat Manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu semua daripada lelaki dan perempuan dan telah Kami ciptakan kamu semua pelbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu semua saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia (diantara) kamu semua disisi Allah ialah yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuanNya. al-Hujurat(49), 13.

Kepelbagaian adat resam dan budaya masyarakat majmuk adalah identiti unik negara kita dan harus dijaga rapi agar dapat mewujudkan masyarakat yang saling hormat-menghormati dan bersama-sama membina negara yang sejahtera.

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina khususnya rakan-rakan didalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Saya juga mengajak agar kita mengeratkan hubungan sesama saudara serta rakan-rakan dengan amalan ziarah-menziarahi bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan ini.

‘Islam Memipin Perpaduan’
‘Muafakat Nasional Membina Malaysia Sejahtera’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
24 Januari 2020 | 28 Jamadilawal 1441