KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA PAS MELAKA
MELAKA MENCETAK KADERISASI MURABBI BERMULA DARIPADA PASTI DAN SRITI
Tanggal 2 Januari 2020 iaitu Hari Khamis bersamaan 6 Jamadil Awwal 1441H, keseluruhan negeri di pantai barat akan memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2020. Seluruh peringkat pendidikan samada di peringkat pra-sekolah atau peringkat rendah kebangsaan akan merasai bahang suasana hari pertama sesi persekolahan bermula.
Pemuda PAS Melaka menyahut seruan pimpinan untuk memperkasakan institusi pendidikan apabila telah berjaya mewujudkan 4 buah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di 4 buah kawasan di negeri Melaka iaitu SRITI An-Najah di Hang Tuah Jaya, SRITI At-Taqwa di Alor Gajah, SRITI Harun Ar-Rasyid di Masjid Tanah dan SRITI Al-Fattah di Tangga Batu.
Seterusnya, peningkatan dan pertambahan yang cukup luar biasa setiap tahun untuk Institusi Pra-Sekolah PASTI di negeri Melaka boleh dibanggakan apabila tahun 2020 jumlah PASTI yang terdapat di negeri Melaka iaitu 81 buah PASTI dengankeseluruhan pelajar hampir mencecah 5000 orang.
Saya mewakili kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berharap kepada semua PIMPINAN PEMUDA PAS KAWASAN dan PIMPINAN PAS KAWASAN untuk mengambil peluang menziarahi PASTI dan SRITI di sekitar kawasan masing-masing dengan menyantuni ibubapa serta menzahirkan imej profesional parti kepada masyarakat.
Moga entiti pendidikan jamaah terus diperkasakan bagi mencapai sasaran dakwah kita.
Seeru Ala Barakatillah.
Sekian.
Terima Kasih.
AHMAD BILAL BIN RAHUDIN
KETUA PEMUDA PAS NEGERI MELAKA
1 JANUARI 2020