Home Artikel PAS Wilayah

Mewarnai Tahun 2020 Berlandaskan Syariat Islam

436
SHARE

Mewarnai Tahun 2020 Berlandaskan Syariat Islam.

1) Tidak berapa lama lagi kita akan memasuki Tahun 2020 yang amat dinanti-nantikan terutama dalam menilai semula Hasil Wawasan 2020. Walaupun kerajaan telah meletakkan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 sebagai tanda aras yang baharu, namun perlu diukur juga tahap pencapaian yang telah dicapai sehingga kini.

2) Matlamat utama dalam pembangunan sesebuah negara perlu disertakan dengan pembangunan modal insan. Menjadi tanggungjawab kita bersama dalam memastikan masyarakat Malaysia hidup sejahtera iaitu keseimbangan keadaan fizikal mahupun mental. Inilah yang amat ditekankan oleh PAS iaitu isu kesejahteraan masyarakat.

3) Tambahan lagi, faktor kekangan kewangan menjadi isu utama terutama mereka yang tinggal di kota Metropolitan. Desakan dan kos sara hidup yang meningkat, tidak dapat tidak mendorong setiap masyarakat bekerja mencari pendapatan sampingan. Benar, WKB2030 antara perancangan kerajaan dalam mendidik masyarakat untuk berdikari dan keluar daripada kepompong kemiskinan. Namun, sejauh mana masyarakat mampu mengikuti program yang akan dianjurkan, sedangkan masa mereka padat dengan urusan kerja sampingan bagi memastikan cukup keperluan sara hidup mereka.

4) Mari telusuri sirah Nabi s.a.w dalam pentadbiran kerajaan Baginda di Madinah. Pemerintahan Islam amat menekankan keadilan dan kebajikan buat penduduknya. Hatta dalam urusan perniagaan juga faktor keadilan diambil berat. Tanpa mengira agama dan bangsa. Apa yang penting, semua yang berada dalam pemerintahan Islam tidak akan ditindas, malah kebajikan mereka dijaga sebaiknya. Mereka yang pernah berada dalam pemerintahan Islam pasti bersetuju akan hal ini. Ini kerana Islam bermakna selamat.

5) Saf kepimpinan PAS Kawasan Titiwangsa, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia, kembali memilih cara hidup Islam kerana Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh), adil dan menjaga kebajikan sesiapa sahaja yang berada dalam pemerintahan Islam. Kami menyeru seluruh umat Islam untuk bersatu dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar mengikut Al-Quran dan AsSunnah. Semoga Tahun 2020 ini, menjadi pendorong untuk kita mewarnai hidup dengan Syariat Islam.

Islam Memimpin Perpaduan

Yang benar,

TUAN HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa,
31 Disember 2019 |
4 Jamadil Awal 1441H

See First | Like | Share ✅
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2647356178674513&id=525165360893616