Ujian berupa musibah merupakan peringatan daripada Allah S.W.T buat hamba-Nya tidak kira walau di mana mereka berada, terutama bagi para pendokong dan penggerak Parti Islam yang mengaku dan beriman kepada Allah S.W.T dan rasul-Nya serta menyambung perjuangan Nabi-Nya.
Antara hikmah ujian seperti yang tercatat dalam firman Allah S.W.T dan hadits Nabi S.A.W;
1. Sebagai tapisan untuk mengetahui siapakah hamba-Nya yang sebenarnya beriman kepada-Nya
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.” [ Q:S. Al-‘Ankabut : 3 ]
2. Sebagai balasan atas dosa dan kelalaian serta kealpaan manusia
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” [ Q:S. As-Syura : 30 ]
3. Untuk meningkatkan keimanan seseorang; kerana selalunya manusia apabila diuji, mereka akan lebih dekat kepada Allah
“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’,
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” [ Q:S. Al-Baqarah : 156-157 ]
4. Sebagai bukti kekuasaan Allah dan lemahnya manusia; Manusia merancang, dan Allah jua merancang. Namun perancangan Allah itulah yang sebaiknya
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [ Q:S. Al-Hadid : 22 ]
Ujian banjir umpamanya yang berlaku di beberapa buah negeri pada penghujung 2017 pasti menguji semua pihak terutama masyarakat setempat. Terbaru kita dikejutkan dengan bencana banjir di Sarawak yang agak teruk berbanding tahun-tahun yang lalu.
Ujian ini adalah untuk menguatkan mereka yang percaya segala kesenangan dan kesusahan hanyalah dari Allah S.W.T, di samping untuk menguji nilai persaudaraan sesama manusia apabila melihat saudara mereka ditimpa kesusahan.
Seperti kata pepatah, “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan kami membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menyumbang dan memberikan infaq boleh berbuat demikian terus ke akaun;
DANA KAMI PRIHATIN (Bank Islam)
1211 3010 02 6150
Sebarang transaksi boleh hubungi wakil kami,
Qutaibah 013-264 8087