Home Artikel PAS Pulau Pinang

JPrD Permatang Berangan Anjur Kenduri Rakyat Untuk Dekati Masyarakat

104 views
SHARE

Oleh : Wan Irfan Wan Johari

11 Februari 2018 | PERMATANG BERANGAN : Buat julung kalinya Jentera Pilihanraya PAS Dun Permatang Berangan telah menganjurkan Kenduri Rakyat yang mana menyaksikan kehadiran yang cukup ramai dikalangan ahli dan juga masyarakat setempat.

Jentera Pilihanraya PAS Dun Permatang Berangan juga telah menumbangkan seekor lembu yang dibuat aqiqah untuk dimasak secara bergotong-royong oleh masyarakat.

Didalam kenduri rakyat ini juga,Unit Pengundi Muda Muslimat mengambil kesempatan menganjurkan jualan amal kepada tetamu yang hadir,tutorial make up kepada muslimat muda dan cabutan bertuah juga disediakan kepada para tetamu.

Menu yang disediakan juga amatlah menarik iaitu gulai ubi daging,kerabu taugeh dan juga ayam goreng berempah yang dimasak secara bergotong-royong.Disamping hidangan ais kacang sebagai pencuci mulut yang amat menyelerakan.

Semoga program sebegini dapat dianjurkan lagi untuk merapatkan ukhuwwah dikalangan ahli dan masyarakat setempat disamping menarik lebih ramai orang untuk memilih PAS didalam PRU14 nanti.