Home Artikel PAS Pulau Pinang

Karnival Sungai Rakyat Rai Penduduk Kampung Terus

73 views
SHARE

Oleh: Farhana Fadil

11 Feb 2018 |Ahad | Kampung Terus

Kampung Terus adalah di antara kampung yang terjejas teruk semasa musibah banjir yang melanda Permatang Pauh pada November 2017 lalu.

Walaupun kampung ini dikenali sebagai kubu kuat umno, tanpa mengambil kira latar belakang politik pada ketika itu, PAS Permatang Pauh telah menghantar bantuan banjir serta beberapa petugas “clean and clear” bagi meringankan beban penduduk di situ.

Bertitik tolak dari situ, beberapa penduduk di situ yang di antaranya merupakan ahli umno, mula terpaut dengan PAS lalu membuka hati mereka untuk menyertai PAS seterusnya membawa kepada penubuhan PAS cawangan Kampung Terus.

Karnival Sungai Rakyat ini merupakan anjuran Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Terus.

Matlamat program ini ialah bagi meraikan kejayaan penubuhan cawangan baru PAS di dalam DUN Penanti dan sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim di antara ahli jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh dan penduduk Kampung Terus. Secara keseluruhannya, sambutan yang diberikan oleh penduduk Kampung Terus sangat baik dan harmoni.

Bermula seawal jam 8.30 pagi, pelbagai acara pertandingan telah diatur bagi menarik minat golongan dewasa lelaki, wanita dan juga kanak – kanak. Diantaranya ialah, pertandingan memancing terbuka, memanah, membuat kerabu, congkak dan sukaneka.

Karnival dihangatkan lagi dengan adanya acara cabutan bertuah serta kenduri rakyat menjelang tengahari.

Timb YDP PAS Kawasan, Hj Amir Hamzah, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dam tetamu yang hadir kerana dapat menjayakan karnival Sungai Rakyat ini dengan baik dan meriah.

Turut hadir Ustaz Zakaria Hamzah selaku Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Negeri Pulau Pinang, Saudara Ir Ahmad Wan Rafaie Dato Rashid selaku Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, dan Ustazah Norhapiza Saad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh.

Sambutan Karnival Sungai Rakyat ini memberi signal penerimaan yang sangat baik penduduk Kampung Terus terhadap PAS. Semoga ianya juga dapat membuka hati penduduk-penduduk di kejiranan terdekat mereka kepada perjuangan PAS.