Home Khas

DAP Jangan Tunjuk Pandai

5864
SHARE


KENYATAAN MEDIA

DAP JANGAN TUNJUK PANDAI


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menempelak sikap Charles Santiago yang menyifatkan penahanan polis terhadap dua ADUN DAP satu pembaziran masa. Biarkan pasukan polis menjalankan tugas mereka dengan baik tanpa diganggu oleh mana-mana pihak. Sudah pasti penahanan tersebut dibuat setelah mendapat banyak maklumat yang kukuh berkaitan penglibatan mereka dengan LTTE.

PAS telah menyuarakan pendirian sebelum ini supaya pihak polis menyiasat Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy (DAP) kerana banyak gambarnya dilihat bersama dengan pemimpin utama organisasi pengganas LTTE. Kerajaan Malaysia seharusnya tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan organisasi pengganas demi menjaga kedaulatan negara.

PAS turut berterima kasih dengan pihak polis kerana telah menjalankan tugas dengan cekap dan pantas. Rakyat sangat gelisah dengan perkembangan semasa apabila tular beberapa keping gambar dan video penyokong-penyokong LTTE di Malaysia yang semakin jelas menunjukkan aktiviti mereka termasuk mengadakan perarakan di Kuala Lumpur.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN

Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

12 Safar 1440 | 11 Oktober 2019