Home Kenyataan Media PAS Melaka

Tolak Pengganas LTTE, Sokong Siasatan Lanjut PDRM

373
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Khamis, 10 Oktober 2019 / 11 Safar 1441H

TOLAK PENGGANAS LTTE, SOKONG SIASATAN LANJUT PDRM


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Melaka memandang serius terhadap penahanan 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek merangkap Exco Perpaduan, Sumber Manusia, NGO dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, G Saminathan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran, kedua mereka dari Parti DAP, hari ini.

2. Mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA atas dakwaan terlibat dalam menyokong dan menyebarkan fahaman kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Ealam(LTTE) dalam Negara ini.

3. Oleh itu, PAS Negeri Melaka memberikan sokongan dan menggesa kepada pihak Polis untuk terus menyiasat dengan teliti dan telus siapa pun yang terlibat dalam kumpulan Pengganas LTTE ini, agar tidak terus berkembang, khususnya di negeri Melaka, dan mengganggu gugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat dalam Negara ini.

4. Rentetan dari isu ini, PAS Melaka menasihati orang ramai untuk tidak mengadakan spekulasi atau mengaitkan dengan isu perkauman, sebaliknya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak Polis untuk membuat siasatan penuh.

5. PAS Negeri Melaka juga merakamkan penghargaan kepada pihak PDRM di atas kecekapan polis dalam menyiasat dan memastikan keselamatan Negara ini terpelihara dari sebarang anasir jahat atau keganasan luar.

“Islam Memimpin Perpaduan”

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka

Like & Share https://www.facebook.com/314902525193235/posts/3092078677475592