Sekali Serban Dililit. 101
17 Rabi’ul Awwal 1440 | 25 November 2018
812: SILA HADHIR, JANGAN LARI.
Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit
1. Jangan batalkan hasrat anda, usah layan pelbagai propaganda. Jangan terpengaruh dengan provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab.
2. Sebaliknya teruskan semarak himpunan ini sehingga capai impak yang maksima. Ia adalah himpunan aman. Saya ulangi, ia adalah HIMPUNAN AMAN. Justeru itu, sila hadhir jangan lari.
3. Himpunan ini untuk nyatakan kesatuan ummah. Himpunan untuk mengangkat suara rakyat. Himpunan untuk memperjuangkan kepentingan agama, negara dan rakyat.
4. Kenapa saya sebut anda perlu hadhir ? Bukankah JPM telah nyatakan bahawa Kerajaan tidak akan ratifikasi ICERD ?
5. Ya, saya juga ada membaca kenyataan ringkas JPM yang menyebut bahawa kerajaan tidak akan ratifikasi ICERD.
Tapi , tahukah anda ?
6. Bahawa ICERD hanya satu dari 6 Konvensyen Hak Asasi PBB yang telah diberi komitmen oleh kerajaan melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar untuk diratifikasi. Di sana masih ada 5 Konvensyen yang menanti detik untuk diratifikasikan oleh kerajaan.
7. Lima konvensyen yang lain itu ialah ICCPR, CAT, ICPPED, ICESCR, ICRMW.
8. Tidak sahaja ICERD tetapi juga perjanjian lain turut memberi kesan kepada agama, bangsa dan negara jika kerajaan meratifikasinya.
Antaranya ICCPR dan CAT.
9. Pada 16 Oktober 2018 yang lalu, Ahli Parlimen Batu Kawan (DAP) telah mendesak Kementerian Luar supaya segera meratifikasi ICCPR.
10. Artikel 18 dari ICCPR menjelaskan mengenai The Right Of Religious Freedom. Suatu yang menuntut hak bebas beragama dan menukar agama.
11. Demikian juga CAT. Pihak AMNESTY dan SUHAKAM menegaskan hukuman sebat syariah ke atas pesalah lesbian di Terengganu adalah bercanggah dengan Hak Asasi Manusia (HAM) Antarabangsa di bawah CAT.
12. Sekaligus mendesak Malaysia segera ratifikasikan CAT dan meminda mana – mana peruntukan yang menghalang supaya dapat selarikan dengan ketetapan HAM antarabangsa.
13. YB Menteri Luar pula pernah menegaskan pada 21 November 2018 di Parlimen, bahawa selain ICERD, kerajaan boleh terlebih dahulu meratifikasi CAT dan ICPPED disamping memberi komitmen untuk ratifikasikan semua (6) perjanjian tersebut.
14. Menteri Perpaduan a.k.a Menteri Perpecahan Negara lebih lantang bersuara mewakili kerajaan untuk ratifikasi kesemua 6 Konvensyen PBB tersebut.
15. Detik JPM mengeluar kenyataan seringkas itu, hampir tiada dari kalangan mereka bersuara bagi membenarkan kenyataan JPM tersebut.
16. Semuanya kelu malah ada yang berani menyebut bahawa ia sekadar tangguh sementara setelah melihat kebangkitan rakyat.
17. Soalnya sampai bila kita sebagai rakyat terus membiarkan manipulasi begini ?
18. Mudahnya, marilah kita sempurnakan kebangkitan ini, merealisasikan sebuah penentangan terhadap kebatilan dan pertualangan terhadap negara.
Menyingkap Apa Yang Tersirat dari Sepucuk Surat
Sekian.