KOTA BHARU: Sehingga sekarang kerajaan negeri belum lagi menerima maklum balas serta cadangan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi mewartakan kawasan Orang Asli untuk bercucuk tanam.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, tanah tersebut terletak di jajahan Jeli dan Gua Musang.
Katanya, kerajaan negeri akan mewartakan tanah terbabit termasuk kawasan bercucuk tanam supaya tidak diganggu program pembangunan.
“Kelantan hanya akan mewartakan tanah berdasarkan pelan yang dikemukakan Jakoa dan bukannya melayan tuntutan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan,” katanya di sini semalam.
Menurutnya juga ada beberapa masalah teknikal sehingga ia agak lambat untuk digazetkan.
“Jadi apabila selesai isu teknikal kita akan gazetkan seperti mana yang dicadangkan Jakoa. Cuma masalah ini agak kelam kabut apabila ada parti politik campur tangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/8/2018
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7776-orang-asli-parti-politik-campur-tangan