KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk mengekalkan Kelantan dan menawan Terengganu.
Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Marang dalam PRU14 mengucapkan syukur di atas selesainya tanggungjawab mengundi oleh rakyat khususnya bagi warga Terengganu.
Beliau turut meminta ahli PAS supaya bertenang dan menunggu arahan parti dari semasa ke semasa.
PAS memenangi 18 kerusi Parlimen pada PRU14 dan 90 kerusi Dun menjadikan ianya sebagai keputusan terbaik PAS tanpa gabungan dengan Dap dan PKR.
Di Kelantan, PAS berjaya menambah kerusi Dun kepada 37 kerusi berbanding 32 kerusi pada PRU13 manakala di Terengganu, PAS berjaya memenangi 22 kerusi daripada 32 kerusi.
Majlis penerimaan watikah dan angkat sumpah Menteri Besar untuk Negeri Terengganu dijadualkan pada 9 malam ini di Istana Syarqiyyah. – HARAKAHDAILY 10/5/2018