Home Berita PAS Pahang

PRU14: PAS Pahang catat rekod paling cemerlang dalam sejarah

10148
SHARE

Bertanding bersendirian tanpa gabungan tidak menghalang PAS Pahang untuk mencipta prestasi terbaik dengan menghantar lebih ramai jumlah wakil rakyatnya ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke  14.

Kali akhir PAS Pahang merekodkan keputusan paling cemerlang ialah pada PRU 10 iaitu enam kerusi dan kemudiannya bergabung dengan Keadilan dan DAP di bawah Barisan Alternatif.

Pada PRU lepas PAS mencatatkan tiga kemenangan Dun iaitu Tanjung Lumpur, Beserah dan Kuala Semantan (Adunnya Syed Hamid keluar PAS selepas itu melompat ke PAN) di samping Parlimen Temerloh.

Namun kali ini PAS sekali lagi tampil dengan 8 kerusi Dun sekali gus bakal menjadi pembangkang yang kuat. Di Tanjung Lumpur Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar mengembalikan kerusi di menanginya.  Timbalan Pesuruhjaya Andansura Rabu juga berbuat demikian di Beserah.

PAS Pahang juga berjaya mengembalikan Jengka dan Tahan masing-masing melalui Ustaz Shahril Azman Abd Halim dan Ustaz Zakhwan Ahmad Badarddin di mana kedua-dua kerusi ini pernah dimenangi pada 1999 dahulu menerusi Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Allahyarham Abdul Malik Yusof.

Paling manis dan mengejutkan ialah PAS buat pertama kali berjaya merampas kerusi-kerusi Damak melalui Ustaz Zuridan Mohd Daud, Chenor (Ustaz Mujibur Rahman Ishak), Luit (Mohd Sofian Abd Jalil) dan Pancing (Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya).


Buat pertama kali juga PAS dengan 8 kerusi dan PKR dengan 9 kerusi berjaya menafikan dua pertiga majoriti Kerajaan BN Pahang yang berstatus kerajaan pembangkang apabila di peringkat pusat kerajaan BN pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak tewas kepada Pakatan Harapan yang dipimpin Tuan Dr Mahathir Mohamad.

Sumber: Selamatkan Pahang