Home Berita PAS Terengganu

Dr Ahmad Samsuri sah MB Terengganu

2644
SHARE

KUALA TERENGGANU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu pada malam ini.

Ia sekaligus menjadi Kerajaan Negeri kedua selepas Kelantan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Majlis angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Mizan Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin di Istana Kuala Terengganu sebentar tadi.

Berikut adalah senarai Exco Kerajaan Negeri Terenganu yang baharu:

1.     Ustaz Saiful Bahri Mamat

2.     Dr Haji Alias Razak

3.     Ustaz Md Noor Hamzah

4.     Dr Azman Ibrahim

5.     Dato’ Haji Tengku Hassan Tengku Omar

6.     Ustaz Ariffin Deraman

7.     Hanafiah Mat

8.     Wan Sukairi Wan Abdullah

9.     Dr Haji Mamad Puteh

10.     Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman

Senator:     Datuk Hussein Awang

Speaker:     Yahaya Ali

PAS Terengganu berjaya memerintah Terengganu selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan dalam PRU14.

Bagi kerusi Parlimen, PAS berjaya memenangi 6 daripada 8 kerusi yang dipertandingkan, manakala 2 kerusi menjadi milik BN.

Buletin Rhu Rendang (klik untuk besarkan)