Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Isu Pengangguran : Cadangan PAS. ( Siri 01)

1433
SHARE

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

1. Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia telah mencatatkan seramai 3.5 % daripada tenaga buruh di Malaysia tidak berkerja.

2. Sementara 13.1% daripada statsitik berikut adalah dari kalangan belia yang rata-ratanya adalah graduan.

3. Angka tenaga buruh dari kalangan anak muda tersebut telah memberi satu justifikasi bahawa kadar pengangguran di Malaysia kini berada di paras yang tinggi.

4. Namun ironinya, baru-baru ini kita dikhabarkan menerusi ucapan Perdana Menteri yang mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia mengalami peningkatan iaitu dengan justifikasi KDNK meningkat sebanyak 5.4% pada hujung tahun 2017 berbanding 4.8% pada awal tahun 2017.

5. Jadi, dengan perkembangan ekonomi yang dikatakan stabil, sepatutnya menatijahkan satu lapangan pekerjaan yang semakin baik. Namun realiti yang dihadapi rakyat khususnya graduan adalah rata-rata daripada mereka dibelenggu dengan masalah tidak mendapat pekerjaan.

6. Selain itu, perkara lain yang merisaukan juga adalah mengenai kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Trend peratusan pengangguran semakin meningkat daripada 3.2% pada tahun 2015 kepada 3.5% pada tahun 2017.

7. Menurut Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan 50,000 pembuangan pekerja dijangka berlaku pada 2018. Isu pembuangan pekerja menjadikan krisis pengangguran ini semakin sukar.

…… bersambung ….