Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Isu Pengangguran : Cadangan PAS. ( Siri 02)

191 views
SHARE

Al Bayaanul Mubin. Siri 58
25 Rabiul Akhir 1439 | 13 January 2018
https://m.facebook.com/bayaanulmubin/

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

MUHASABAH PUNCA

8. Ramai yang mengulas mengenai isu pengangguran dan peluang pekerjaan ini dengan melihat daripada perspektif majikan iaitu dengan mengatakan bahawa majikan terpaksa menghadkan bilangan pekerja disebabkan terpaksa menanggung beban kos pengurusan antaranya GST, utiliti dan levi pekerja.

9. Selain itu, tidak kurang juga yang menyatakan pandangan dengan melihat menerusi lensa pekerja dan graduan yang mengatakan bahawa persaingan yang wujud dalam dunia pekerjaan kini bukan sahaja saingan sesama graduan dan pekerja, tetapi wujudnya saingan baru buat mereka iaitu digitalisasi lebih-lebih lagi dunia kini hampir dengan Revolusi Indutsri.

10. Hakikatnya, rakyat marhean yang menjadi mangsa kepada krisis yang berlaku. Dalam keadaan tekanan kos sara hidup yang tinggi, rakyat berhadapan dengan risiko pengangguran selain gaji yang tidak mencukupi.

11. Apa yang boleh dirumuskan mengenai fenomena yang berlaku ini adalah hasil daripada corak ekonomi yang cenderung pada kapitalisme dalam praktis ekonomi di negara kita.

12. Perkembangan ekonomi yang lebih cenderung kepada keuntungan golongan pelabur sebenarnya membawa kepada kemuncupan pemilikan bagi masyarakat umum sekaligus menjadi pemerkosa terhadap kebajikan mereka.

13. Seharusnya corak dan etika ekonomi perlu menurut seiring dengan nilai dan prinsip Islam. Sumber ekonomi yang kian terhad perlu diuruskan sebaiknya bagi menghadapi kemahuan manusia yang dinamik.

14. Islam meletakkan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kemaslahatan ekonomi. Polisi yang tidak popular kepada golongan korporat atau pelabur, terkadang perlu dilaksanakan demi kemaslahatan rakyat secara umum.

15. Keperluan rakyat secara holistik termasuk peluang pekerjaan sebenarnya dapat terhasil dengan mengatur sumber dan maslahah rakyat dengan betul.

16. Pekara ini bertepatan dengan konsep Politik Islam dan qawaid fiqhiyyah :

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة
“Tindakan Seorang Pemimpin atas rakyat harus bertepatan dengan maslahah”

…… bersambung …..