Home Berita PAS Pusat

Murabitun PAS Tulang Belakang Gerakan Islam

1753
SHARE

Dalam sesebuah organisasi pasti ada pimpinan dan ahli. Tanpa pimpinan, ahli tiada arah. Tanpa ahli pimpinan tak berarah. Saling melengkapi antara satu sama lain dalam usaha melaksanakan agenda parti yang tidak berpenghujung.

Tika mana amilin PAS diuji dengan kesusahan dan ujian yang pelbagai, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat berasa tanggungjawab untuk membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi.

Umum melihat kebajikan masyarakat luar sering diambil perhatian, sedangkan kebajikan ahli diabaikan. Untuk kesekian kalinya, pihak Lajnah sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh agar kebajikan ahli dijaga dan tidak diabaikan smaa sekali di semu peringkat parti dari pusat hingga ke cawangan.

Mereka yang ikhlas bekerja untuk memenangkan Islam ini telah banyak berkorban tanpa mengenal rasa jemu, penat dan kesal.

Hari ini rombongan Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi 4 LKKPP, Cikgu Mohd Yusop, Pengerusi Skuad Prihatin, Hj Abu Bakar dan AJK Lajnah telah menziarahi dan memberikan sedikit sumbangan kepada saudara Shahril Rizal Saidon yang merupakan petugas parti di peringkat pusat, negeri dan kawasan yang diuji dengan kesakitan.