Home Artikel PAS Selangor

DPPNS | “Solatlah Berjemaah Dahulu, Persetankan Pemikiran Syaitan”

131 views
SHARE

SOLATLAH BERJEMAAH DAHULU, “PERSETANKAN” PEMIKIRAN SYAITAN

1. Beringatlah! Jangan terlalu mudah dan lancang lidah kamu mempertikaikan arahan dan didikan agama. Saat Allah menurunkan ketetapannya, tiada kudrat kamu menepisnya. Ayat ini adalah respon balas terhadap kenyataan Zaid Ibrahim dan beberapa lagi individu yang bertikaikan keputusan PPD Kuantan yang mewajibkan solat berjemaah sebelum pulang dari sekolah.

2. Proses didikan dan tarbiyah pada murid dan pelajar di sekolah dengan kewajiban solat berjemaah adalah satu usaha yang murni dan sepatutnya disambut baik oleh semua pihak. Kita maklum bahawa solat itu wajib. Hendak mendidik agar anak2 pelajar fahami kewajiban dan tidak meninggalkan solat adalah melalui konsep solat secara amali di samping penguatkuasaan dari para pendidik.

3. Budaya yang tidak sihat zaman kini yang terdedah pada para pelajar menyebabkan para pendidik melihat elemen spritual pegangan agama melalui solat ini adalah penawar paling mujarab. Apatah lagi Allah SWT sendiri menyatakan penawar ini dalam Al-Quran.

(اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ)
[Surat Al-Ankabut 45]

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

4. Kita menjadi hairan mengapa ada manusia sebegini yang mempertikaikan usaha yang murni lebih-lebih lagi dalam menanam rasa kewajiban terhadap arahan Allah. Tidak ada agamakah mereka? Tidak takut pada ancaman dan bala Allahkah? Atau mereka telah diselubungi pemikiran syaitan. Allah SWT sendiri yang menyatakan demikian.

(الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ)
[Surat Al-Baqarah 268]

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

5. Teruskanlah usaha mendidik anak-anak pelajar dengan mengutamakan penerapan nilai2 ketaatan pada Allah dan agama. Kewajiban itu akan tersemat kukuh dalam hati para pelajar melalui arahan dan penguatkuasaan displin para pendidik. Justeru, “persetankan” pemikiran syaitan yang senantiasa berusaha menghalang hambanya dekat dengan Allah Rabbul Jalil.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

19 Rabiul Awal 1439H | 7 Disember 2017