Home Berita PAS Pusat

Tragedi Kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah dalam Kenangan

1302
SHARE

KUALA LUMPUR: Telah diadakan penyerahan sumbangan kepada waris dan keluarga mangsa kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah untuk kali yang ketiga daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) yang diketuai oleh Pengerusi Skuad Prihatin LKKPP, Hj Abu Bakar Sidek.

Sumbangan orang ramai buat keluarga mangsa telah disampaikan kepada mereka yang berhak menerima. Turut hadir dalam sesi penyerahan sumbangan kali ini ialah Ketua Ulama PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr. Md Ali Jamil, wakil Geng Ustaz, Hj Wan Hairul Anuar Abdullah dan saudara Hezry Yasin.

Sumbangan ini tidak dapat mengembalikan nyawa para pelajar yang terkorban dalam kebakaran tersebut tetapi ianya dapat menguatkan ahli keluarga untuk terus hidup dalam kenangan yang ada serta mengajar orang ramai untuk berterusan menyumbang dan infaq buat mereka yang memerlukan.