Home Berita PAS Kelantan

9571 peniaga dikecualikanbayaran sewa premis

67
SHARE
Oleh SUHAIZI KADIR
KOTA BHARU, 15 Jul: Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran sewa premis selama dua bulan kepada peniaga kecil sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2021.
Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob mengumumkan hal tersebut di laman sosial rasminya, hari ini.
“Pengecualian pembayaran sewa premis Julai dan Ogos ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.29 juta membabitkan premis yang disewakan oleh 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Semoga insentif ini dapat membantu meringankan beban ekonomi 9571 peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik COVID-19″, tulisnya.
Majoriti warga maya memberi komen positif terhadap hantaran tersebut dengan ucapan terima kasih dan tahniah.
Firdaus Asha’ri menulis, “terima kasih Kerajaan Negeri kerana
prihatin kepada peniaga kecil.”
Menyusul pula komentar Mortazi Ismail, “Alhamdulillah, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Ahmad Yakob.”