Home Berita PAS Kelantan

720 Bantuan Bakul Makanan PEMULIH untuk rakyat DUN Kijang

14
SHARE
KIJANG, 15 Jul: DUN Kijang, hari ini telah menerima sebanyak 720 set Bantuan Bakul Makanan PEMULIH yang dihantar ke Pusat Khidmat DUN. Bantuan ini diterima dari Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, kepada YB Datuk Ustaz Marzuk melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia.
YB ADUN Kijang, YB Dr. Izani Husin menzahirkan ucapan penghargaan kepada Ahli Parlimen Pengkalan Chepa serta Kerajaan Malaysia diatas sumbangan tersebut kepada warga DUN Kijang.
Beliau turut berterima kasih kepada penghulu yang sehingga hari ini tidak mengenal letih sentiasa bergotong-royong memunggah dan membungkus set bantuan makanan untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan terutama kepada mereka yang terjejas akibat PKP 3.0 ini.
Semenjak PKP 3.0 ini, bantuan makanan dalam DUN Kijang diterima secara berterusan bagi membantu warga DUN Kijang yang memerlukan.