Home Berita PAS Kelantan

800 orang menerima Bakul Makanan JKM di DUN Panchor

247
SHARE
PANCHOR, 28 Mei: Timbalan Menteri Besar Kelantan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 778 orang penerima berdaftar melibatkan enam skim bantuan daripada JKM tengahari semalam di Kompleks Tarbiah Panchor (KOMTAR Panchor), pusat khidmat beliau di sini.
Sumbangan ini disampaikan kepada penerima bantuan JKM yang telah tersenarai sebagai penerima bantuan am, bantuan penjaga kanak-kanak hilang keluarga, bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik yang terlantar, elaun pekerja cacat, bantuan OKU tidak berupaya bekerja dan bantuan orang tua.
Penyampaian dilakukan secara berperingkat oleh JKM dan Pusat Khidmat Dato’ Nik Amar dengan kawalan ketat dan SOP sebagaimana SOP di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Menurut pegawai di Pusat Khidmat Dato’ Nik Amar, bantuan dari agensi Kerajaan ini adalah salah satu bentuk bantuan dan kerjasama yang telah terjalin sekian lama. Kriteria permohonan boleh dilihat di web JKM dan lawatan serta pengesahan akan dibuat.
Sebagai pegawai yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia bantuan, beliau berkata, keinsafan sentiasa hadir dalam diri apabila melihat tanggungjawab yang besar bagi sesetengah penerima.
Bukan mudah menjaga pesakit kronik dan mereka yang tidak berupaya menjalani kehidupan seperti biasa. Penjagaan pula bukan sehari dua. Malah bertahun-tahun dan mungkin sepanjang hayat.