Home Berita PAS Melaka

Coretan Kak Wirda | Kempen memperbanyakkan istighfar

328
SHARE

Oleh WIRDAWATI NAZWIR

Alhamdulillah.
Salam Jumaat.
Assalamualaikum.

Kini ada gerakan ‘Kempen Memperbanyakkan Istighfar Seluruh Negara Bagi Tujuan Mohon Allah Mengangkat Wabak’.

Kak Wirda sangat-sangat menyokong seruan ini. Kalau boleh, biarlah hingga suara ‘mohon keampunan’ ini bergema hingga menggegar alam malakut (alam malaikat).

Bahkan Kak Wirda sendiri sudah melazimkan melafazkan istighfar lebih daripada 100 kali setiap selesai Solat Isyak, Hajat dan Witir.

Untuk tujuan tersebut, Kak Wirda sengaja meletakkan tasbih berhampiran dengan Kak Wirda agar boleh terus beristighfar sebaik sahaja selesai memberi salam. Kalian pun boleh tiru juga.

Bagi sesiapa yang berkelapangan, sangatlah digalakkan untuk beristighfar 100 kali setiap kali selesai solat dan 30 minit sebelum masuk waktu Subuh pada setiap hari.

Tidak jadi masalah juga kalau ada individu yang mahu berjinak-jinak dengan Islam untuk beristighfar juga. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hatinya kepada Islam. Amiin.

Lafaz istighfar seperti berikit:

(1) أَسْتَغْفِرُ اللَّه.

dan lebih baik lagi:

(2) أستغفر اللهَ الْعَظِيْمَ.

dan terlebih baik lagi:

(3) أستغفر الله العظيم الَّذِي لا إِلٰهَ إلا هُوَ الْحَيَّ القَيُّوْمَ واَتُوبُ إِلَيْهِ.

Terjemahannya:

(1) Aku memohon ampun kepada Allah.

(2) Aku memohon ampun kepada Allah Yang Agung.

((3) Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung yang tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia yang hidup dan mengawasi, dan aku bertaubat kepadaNya.

Penulis adalah Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah, Melaka

#JomRamaiRamaiSahutKempen
#MemperbanyakkanIstighfarSeluruhNegara
#BagiTujuanMohonAllahMengangkatWabak
#WeLoveOurCountry❤️

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .