TUMPAT, 4 Jan: Seramai 758 orang nelayan pantai dan penternak ikan sangkar menerima bantuan RM200 seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat pada Majlis Agihan Bantuan Nelayan DUN Pengkalan Kubor di Dewan Bunga Raya Pantai Sri Tujoh, semalam.
Agihan bantuan diadakan tiga sesi iaitu membabitkan dua sesi pagi dan satu sesi petang.
YB Ustaz Wan Roslan yang juga Exco Kerajaan Negeri menyatakan, agihan bantuan hanya kepada nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri yang terjejas pendapatan sepanjang pandemik COVID-19.