Home Artikel PAS Johor

6 Teras Strategik Sebagai Tindakan Pantas Merangka Strategi

156 views
SHARE

6 Teras Strategik Sebagai Tindakan Pantas Merangka Strategi.

Oleh : ‘Aisyaa yasmin

Ayer Hitam : PAS Johor menyifatkan pelan strategik PAS Johor 2018-2022 sebagai tindakan pantas merangka strategi ke arah hala tuju yang lebih jelas dan teratur, demikian petikan kenyataan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Hussin di Konvensyen PAS Johor di sini hari ini.

Beliau dalam ucaptama nya turut menggariskan enam stategik utama dalam usaha menjadikan PAS Johor ke arah organisasi yang lebih tersusun mencakupi bidang politik, pentadbiran , dakwah dan tarbiyah, ekonomi, kebajikan dan pendidikan.

“Tahun lalu, kita tidak mengadakan Konvensyen kerana kita baharu sahaja selesai menghadapi PRU 14 walaupun keputusannya tidak banyak berpihak pada kita”. Ulasnya ketika mengulas berkenaan keputusan PRU lepas yang mana sekitar 5% sahaja undi yang berpihak kepada PAS.

Turut hadir, Dr Mohd Zuhdi Marzuki (Pengarah Penyelidikan PAS), barisan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Wakil Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat, Dewan Himpunan, Pengerusi Sidang Assabiqun,Para AJK, YDP Kawasan serta seluruh perwakilan.

Ujarnya lagi, PAS Johor serius dalam merealisasikan pelan strategik ini ketika megumumkan berkenaan pembinaan kompeleks PAS Johor di Ayer Hitam diiringi sahutan takbir oleh para hadirin.

Mengakhiri ucapan, beliau sekali lagi menyeru para hadirin agar turut sama menguatkan parti agar segala yang dirancana dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam usaha ‘Merealisasi Islam Memimpin’