Home Artikel PAS Johor

Pemantapan Hala Tuju Muslimat PAS Iskandar Puteri

67 views
SHARE

PEMANTAPAN HALA TUJU MUSLIMAT PAS ISKANDAR PUTERI 

Oleh: Nik Nor Nadhirah

Iskandar Puteri : Lajnah Politik dan Organisasi Dewan Muslimat PAS Kawasan Iskandar Puteri telah menganjurkan Retreat melibatkan AJK dewan khusus, disini semalam.

Program ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Iskandar Puteri bagi membentangkan pelan strategik lajnah masing-masing.

Sementara itu, retreat ini diadakan bagi membahaskan dan membincangkan pelan strategik dan aktiviti bagi setiap lajnah di bawah dewan muslimat.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Iskandar Puteri, Hjh Sabariah Mohd Amin dalam ucapannya:

“Setiap perancangan kita haruslan memastikan Islam selamat kerana dengan Islam selamat, inshaAllah semua selamat”,ujar Hjh Sabariah Mohd Amin.

Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan akan dapat dilaksanakan dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.