Home Artikel PAS Sabah

PAS Sandakan santuni warga hospital dengan juadah bersahur.

98 views
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain
18 Mei 2019.

SANDAKAN : PAS Sandakan telah menyantuni warga Hospital Duchess of Kent (HDOK) awal pagi tadi dengan menyerahkan sumbangan juadah bersahur kepada tenaga kerja dan waris pesakit yang berada di hospital tersebut.

Program Singgah Sahur itu bertujuan untuk mendekatkan masyarakat kepada PAS disamping menyampaikan bantuan kebajikan kepada mereka yang tidak berkesempatan mencari makanan sahur.

Antara pimpinan yang terlibat ialah Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid, Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Sandakan, Jabal Neor dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS Sandakan yang lain.

Menurut Sahar, program ini merupakan program tahunan PAS Sandakan apabila Ramadan menjelang disamping beberapa aktiviti kebajikan lain yang dirancang.

Sahar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, menyeru orang ramai untuk menyalurkan sumbangan kewangan ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Sandakan, 10043010003627 dan maklumkan ke 0135404122.

Jelasnya, sumbangan ini bagi menampung program kebajikan yang dirancang pada masa akan datang, seperti bantuan kebajikan sempena Aidilfitri, sumbangan fakir miskin, sumbangan juadah berbuka puasa dan lain-lain yang memerlukan sumbangan kewangan orang ramai.