Home Berita PAS Kedah

56 pelajar SPM, STAM, STPM terima sijil penghargaan

51
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG – Seramai 56 orang pelajar dari lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) hadir dan menerima sijil penghargaan.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang (PKWR) bersama Lajnah Pendidikan PAS Padang Terap yang dipengerusikan oleh Ustaz Habibullah Salleh mengadakan program sumbangan bagi menghargai kejayaan pelajar – pelajar cemerlang dalam peperiksaan tersebut di sekitar DUN Kuala Nerang.

“Allah mengangkat orang-orang yang menuntut ilmu,maka jadilah insan yang berjaya serta menjadi anak soleh ibu ayah dunia akhirat. Teruskan pengajian dan kejayaan oleh anak-anak dalam bidang masing-masing,” ujar Ustaz Mohd Azam.

Hj Munir@Muhammad Yusoff Zakaria menyifatkan Ibu ayah merupakan ibu ayah yang sangat prihatin dan semoga anak-anak terus berjaya. Dan sumbangan yang di berikan adalah tanda ingatan dan penghargaan dari pihak PKWR bersama Lajnah Pendidikan PAS Padang Terap kepada pelajar-pelajar tersebut.

Tahniah dan Syabas buat semua anak-anak yang berjaya dalam menduduki peperiksaan, tambah ADUN Kuala Nerang.

Turut hadir Timbalan Lajnah Pendidikan PAS Padang Terap, Cikgu Zainon Ismaon dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Pendidikan PAS Padang Terap.