Home Berita PAS Kedah

Ustaz Azam turun padang bersama anak muda di Street Soccer Tour

64
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

NAKA, 23 SEPT 2022 – Yang diPertua PAS Kawasan Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz kali ini bersama anak muda dalam program Street Soccer Tour di Unit Daerah Mengundi (UDM) Kampung Belukar Luas, Naka.

Program tersebut adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Padang Terap yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fadil Hadi dan Ahli Jawatankuasa Pemuda.

Ustaz Azam mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Padang Terap kerana berjaya mengadakan program sebegini dengan jayanya.

Perlawanan street soccer tour antara anak muda dan veteren PAS Padang Terap. YdP Azam yang minat bola juga turut sama bermain bersama anak-anak muda kampung tersebut.

Menurut Ustaz Fadil Hadi, diadakan program seperti ini dapat menjalinkan silaturahim,mendekati dan dapat menyantuni anak muda kampung. Pemuda PAS juga sentiasa bersama anak muda.

Turut hadir bersama ialah Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Padang Terap Ustaz Habibullah Salleh, Ajk PAS Padang Terap, Ustaz Ismail Awang Kechik, Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Padang Terap dan Ahli Jawatankuasa UDM serta penduduk kampung.