Home Berita PAS Kedah

50,000 banjiri dataran Masjid Zahir

269
SHARE

 

Oleh Zar Naka

ALOR SETAR,19 Febuari – Seramai lebih 50,000 pengunjung membanjiri tapak Dataran Medan Bandar dan Masjid Zahir sempena program kemuncak Karnival Kedah Sejahtera semalam.

Program tersebut menampilkan gabungan mantap penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus bersama Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam slot Malam Kedah Sejahtera iaitu tazkirah dan soal jawab agama.

Di samping menyajikan perkongsian ilmu, hadirin turut dihiburkan dengan telatah tidak kering gusi antara kedua-dua penceramah.

Menteri Besar turut berkongsikan perkembangan semasa negeri Kedah yang membanggakan.

“Rakyat Kedah berhak dapat lebih daripada yang sedia ada di negeri kita yang kaya dengan pelbagai sumber,” ujarnya.

Tambah beliau, segala kekayaan yang ada di negeri ini berhak dikongsi dengan seluruh rakyat negeri Kedah.

Ustaz Azhar Idrus turut memuji pentadbiran negeri Kedah dibawah kepimpinan YAB Menteri besar.

“Seorang pemimpin perlu bekerja keras untuk bagi orang senang, bukan dia yang senang,” kata beliau.