Home Berita PAS Kedah

Konvoi motosikal tanda minat anak muda diraikan

136
SHARE

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 19 FEB – Konvoi motosikal bersempena program Himpunan Pemuda Sejahtera di Dataran Masjid Zahir semalam, tanda minat anak muda diraikan.

Konvoi motosikal yang telah mendapat penyertaan lebih kurang 200 motosikal tersebut bermula di Lotus Stargate, Alor Setar.

Program yang menampilkan Ketua Pemuda PAS Kedah, YB Ustaz Nurul Amin itu menyatakan anak muda mempunyai pelbagai minat dan ianya perlu diraikan.

“Yang minat moto, yang minat konvoi, kita buat program. Tapi yang penting kita nak tanamkan aqidah dan keimanan yang betul kepada mereka. Jika ini ada pada mereka, kita tak perlu risau lagi untuk menyerahkan kepimpinan kepada mereka.

Jadi saya ajak semua anak muda untuk join ARC Kedah, bukan setakat konvoi kita buat, dalam masa yang sama kita masukkan unsur dakwah dan elemen persaudaraan.” Ujarnya dalam ucapan Himpunan Pemuda Sejahtera.

Selain itu, Minggu Al-Quds Sedunia 2023 peringkat Negeri Kedah turut dilancarkan oleh YB Afnan Hamimi, Ahli Parlimen Alor Setar sebagai tanda memperingati Al-Quds dan maruah umat Islam.

Program tersebut juga telah menampilkan ‘influecer-influecer’ muda seperti Ustaz Yaakub Yusra, Saudara Aiman Nasir, Ustaz Raja Mahi, dan Ustaz Firdaus. Cabutan bertuah yang menawarkan basikal sebagai hadiah utama menjadi acara penutup bagi program Himpunan Pemuda Sejahtera itu.