Home Artikel PAS Kelantan

50 ahli Umno di Tendong keluar parti

3574
SHARE

KOTA BHARU: Impian Ketua Umno Pasir Mas, Dato’ Hanapi Mamat mencari Dun selamat untuk ditanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) terbantut apabila penyokongnya bertindak keluar parti.

Seramai 50 ahli dan penyokong Umno akan mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai PAS beramai-ramai.

Adun Tendong, Rozi Muhamad berkata, pihaknya akan mencari tarikh yang sesuai untuk mengumumkan kemasukan beramai-ramai ahli Umno terbabit.

“Ada dalam kalangan mereka bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“InsyaAllah kita akan mengumumkan kemasukan mereka dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Malam ini akan diadakan ceramah di perkarangan pejabat Pusat Khidmat Dun Tendong di Kampung Perangkap yang dijangka dihadiri Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud dan Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Dato’ Hanifa Ahmad. – HARAKAHDAILY 20/3/2018