Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Budaya Samseng & Fitnah : PAS Tawarkan Pembudayaan Politik Damai dan Diplomasi.

1686
SHARE

Kenyataan Rasmi Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.

BUDAYA SAMSENG & FITNAH : PAS TAWARKAN PEMBUDAYAAN POLITIK DAMAI DAN DIPLOMASI.

1. Sedari awal lagi, Parti Islam Se-Malaysia memperkenal Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) untuk dijadikan amalan buat semua masyarakat di Malaysia dalam berpolitik dan menjalani kehidupan.

2. Salah satu ciri-ciri dalam BPMS adalah Politik Damai dan Diplomasi. Budaya Politik ini mengambil Pendekatan Aman dan Berdiplomasi dalam menangani sesuatu isu di dalam Masyarakat serta mengelakkan sebarang bentuk konflik secara fizikal.

3. Dengan pembudayaan Politik Damai dan Diplomasi ini, ia akan menghasilkan impak positif seperti :

a. Mengelakkan Budaya Politik Konfrontasi Dan Fitnah Memfitnah

b. Membentuk Suasana Masyarakat Yang Damai Dak Aktif Berpolitik.

c. Saling Menghormati Melalui Hubungan Yang Berdiplomasi Dan Berperaturan.

d. Pertentangan Politik Tidak Membawa Kepada Pertentangan Fizikal.

4. PAS mendidik dan mengajak ahli-ahli dan masyarakat untuk menjauhi budaya memfitnah sama ada di kedai kopi, dalam mana-mana sidang media apatah lagi di tempat-tempat lain semata-mata untuk kepentingan dan kemenangan parti. Apalah gunanya kita memimpin dalam keadaan dikelilingi dengan bangkai fitnah.

5. PAS juga mendidik dan mengajak ahli-ahli dan masyarakat untuk menjauhi politik konfrontasi, sama ada menterbalikkan kerusi meja, merosakkan infrastruktur awam dan persendirian, apatah lagi mencederakan pihak lain. Apalah gunanya kita memimpin dalam keadaan kita sendiri meruntuhkan moral dan akhlak ahli dan masyarakat.

6. Justeru, kami daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan menyeru dan merayu kepada semua pihak untuk bersama PAS dan Gagasan Sejahtera dalam membina Negeri Sembilan yang lebih sejahtera, khususnya dengan mengundi PAS di Negeri Sembilan dalam Pilihanraya Umum ke-14 akan datang.

Bersama menjadikan Negeri Sembilan lebih Sejahtera.

KHAIRUL YAZMAN YAHYA,
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.

#NegeriSembilanSejahtera
#TolakPolitikFitnah
#TolakBudayaSamseng
#BudayaPolitikMatangSejahtera
#SejahteraBersamaIslam