Home Berita PAS Kedah

PAS Padang Terap giat misi operasi cuci rumah mangsa banjir

85
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP, 7 Nov – PAS Padang Terap dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Nerang turun bersama dalam misi operasi mencuci rumah mangsa banjir di kampung Perik, Selasa lalu.

Operasi yang bermula jam 9.00 pagi diketuai oleh Yang Di Pertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz dan ADUN Kuala Nerang, YB Hj.Munir@Yusoff Zakaria.

“Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing. Dalam musim banjir sebegini, insya-Allah kita akan turun membantu penduduk- penduduk kampung yang di timpa musibah banjir”, ujar Ustaz Mohd Azam.

Salah seorang penduduk kampung yang rumahnya terkesan akibat banjir menzahirkan ucapan terima kasih beliau kepada semua yang terlibat membantu mencuci rumah-rumah penduduk yang terjejas.

Turut sama membantu dalam operasi cuci ini ialah Jabatan Pilihanraya DUN (JPrD) Kuala Nerang dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Operasi mencuci hari kedua pula diteruskan di Kem AMD bagi membantu mencuci tempat yang di masuki air banjir.

 

“Selain berpolitik, PAS juga sentiasa melaksanakan kerja-kerja kebajikan,” ujar YDP.

Beliau turut menyampaikan pesan bahawa sebagai anggota dalam masyarakat kita mestilah bersifat ‘ringan tulang’ dengan berusaha membantu mana-mana pihak yang ditimpa musibah.

“Inilah prinsip PAS yang mengamalkan konsep kerjasama dan saling bantu membantu sesama insan”, kata beliau.