Home Berita PAS Kelantan

24 Usahawanita terima sumbangan Kerajaan Negeri

69
SHARE

PULAI CHONDONG, 30 Dis: 24 usahawanita menerima sumbangan barangan untuk perniagaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong, YB Ustaz Azhar Salleh pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Usahawan Wanita DUN Pulai Chondong 2021 di Pusat Khidmat DUN (PKD) Pulai Chondong, semalam.

Barangan tersebut adalah sumbangan kerajaan negeri melalui YB Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita yang diperuntukan kepada setiap DUN.

Dalam ucapannya, YB Ustaz Azhar menasihati penerima supaya memanfaatkan sepenuhnya sumbangan tersebut untuk membangun dan memajukan lagi perniagaan.