Home Artikel PAS Melaka

68 pelajar terima bantuan Program Back to School PAS Kota Melaka

193
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 14 Jan: Seramai 68 pelajar sekitar Parlimen Kota Melaka menerima bantuan awal persekolahan dalam Program Back To School 2021 yang berlangsung di Balai Islam Telok Mas, di sini, kelmarin.

Majlis dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kota Melaka dengan Kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Melaka.

Sumbangan yang diberikan kepada murid-murid adalah berupa wang tunai serta beg sekolah dan peralatan alat tulis yang disampaikan kepada penerima atau ibu bapa dan penjaga dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Zuhaidi Yusof, ketika merasmikan program berkenaan berkata bahawa program sebegini adalah komitmen tahunan di peringkat PAS Kawasan untuk membantu masyarakat dalam pendidikan anak-anak saban tahun.

“Kita akan sentiasa menjaga kebajikan, kemanusiaan, pendidikan dan dakwah buat rakyat.

“Dan PAS akan terus memperkasakan jentera parti untuk menawan Dun di daerah ini untuk PRU yang akan datang di bawah kerjasama Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional” katanya.

Hadir bersama dalam majlis sumbangan tersebut adalah Setiausaha PAS Kawasan Kota Melaka, Abdul Samad Mohd Dahan bersama-sama dengan AJK Kawasan yang lain, Ketua Dewan Muslimat, Rohani Hassan, Ketua LKK, Salawati Alin dan Ahli Jawatankuasa lain.