Home Artikel PAS Melaka

Hulur bantuan buat guru PASTI terjejas Covid-19 dan PKP 2.0

231
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 14 Jan: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kota Melaka telah menghulurkan bantuan kepada guru-guru PASTI kawasan Kota Melaka di PASTI Ar Rasyad, Padang Temu, di sini kelmarin.

Program sumbangan dan bantuan ini adalah anjuran bersama dengan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Melaka dan Majlis Guru PASTI Kawasan Kota Melaka.

Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Melaka, Zulhilmi Suboh.

Menurut beliau, sumbangan berupa bantuan makanan keperluan harian dan wang sagu hati ini diberikan bagi meringankan beban 42 orang guru-guru PASTI di dalam Kawasan Kota Melaka yang terjejas sepanjang Covid-19 ini.

Turut hadir bersama menyampaikan bantuan adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Melaka, Rohani Hassan, Ketua Penerangan Kota Melaka, Azmi Aziz dan AJK Majlis Guru PASTI yang lain.