Home Artikel PAS Melaka

YADIM sumbang peralatan sekolah di Dun Kuala Linggi

309
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 13 Jan: Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) telah memberi bantuan sumbangan berupa peralatan sekolah seperti beg sekolah, kasut sekolah, stokin dan alat-alat tulis dalam satu program kembali ke sekolah, di PASTI Annur Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Sumbangan kepada 10 orang pelajar daripada Dun Kuala Linggi itu telah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Cikgu Arshad Mat Som.

Dalam ucapannya Cikgu Arshad menjelaskan bahawa sumbangan kali ini adalah untuk penerima dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

“Insya-Allah sumbangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah akan menyusul kemudian dan kita harap pihak Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Kuala Linggi dapat memberi kerjasama untuk menjejaki mereka yang memerlukan bantuan,” ujar beliau.

Sementara itu Timbalan Pengerusi JPrD Kuala Linggi, Saril Ahmad menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan yang diberikan oleh YADIM ini.

“Terima kasih kepada pihak YADIM kerana sudi membuat sumbangan dalam DUN Kuala Linggi dan keluarga kalangan B40 adalah antara yang paling ramai dalam DUN ini,” ujar Saril.

Turut hadir dalam majlis sumbangan ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Dun Kuala Linggi, Siti Mariam Abdullah.