Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 239 kes baharu hari terakhir 2020

617
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 31 Dis : Negeri Melaka menutup tirai tahun 2020 dengan merekodkan sebanyak 239 kes Covid-19 hari ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) di dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu daripada 239 kes yang dikesan itu 233 kes adalah daripada Depoh Tahanan Imigresen di Machap, Daerah Alor Gajah.

JKNM turut mengumumkan bahawa Kluster Berendam tamat hari ini.

Berikut adalah perincian kes :

DAERAH MELAKA TENGAH

Mukim Tanjung Minyak
▪︎ 1 kes jangkitan tempatan
▪︎ Kes daripada saringan kontak rapat
▪︎ Kontak keluarga (Seberang Perai)
▪︎ Umur : 29 Tahun

DAERAH JASIN

Mukim Selandar
▪︎2 kes jangkitan ( IMPORT B)
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat kes positif (Tanjung Karang, Selangor)
▪︎Sejarah lawatan ke Tanjung
Karang.
▪︎Umur : 53 dan 54 Tahun

DAERAH ALOR GAJAH

Mukim Durian Tunggal
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan bergejala
▪︎Sejarah lawatan ke
Terengganu & Perlis
▪︎Umur : 20 tahun

Mukim Melekek
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan bergejala
▪︎Sejarah lawatan ke Selangor
▪︎Umur : 35 Tahun

Mukim Melaka Pindah
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan pra
pembedahan
▪︎Umur : 64 Tahun

Mukim Machap
▪︎233 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat dalam Depoh Tahanan Imigresen
▪︎Kluster Jalan Harapan

Tambah laporan itu lagi, sebanyak 528 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lima kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (154 kes) dan Machap (330 kes) hari ini masih di dalam zon merah, sementara sembilan belas belas mukim lagi dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Durian Tunggal (6 kes) Klemak (3 kes), Melaka Pindah (1 kes), Melekek (1 kes), Sungai Baru Ilir (7 kes), Sungai Baru Tengah (1 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bandar Melaka (1 kes), Bertam (2 kes), Bukit Katil (1 kes), Bukit Rambai (8 kes), Cheng (5 kes), Semabok (1 kes), Tangga Batu (5 kes), Tanjung Kling (9 kes), Tanjung Minyak (2 kes), Telok Mas (4 kes), Ayer Panas (1 kes) dan Sempang (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak
2525 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 1205 kes, diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 299 kes.

Laporan itu juga menyatakan hanya Perlis sahaja tidak merekodkan kes baharu hari ini sementara semua negeri atau wilayah yang lain ada merekodkan kes baharu.