Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : JKNM umum kluster Rambai

1101
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 29 Dis : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) hari ini mengumumkan wujudnya satu kluster baharu di Negeri Melaka ini iaitu Kluster Rambai, seperti dilaporkan jabatan itu di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut JKNM, kluster ini bermula dengan kontak kes positif keluarga di Puchong dan sehingga hari ini seramai 11 orang telah dikesan positif di bawah kluster ini.

Laporan itu juga menyebut sebanyak sembilan kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini.

Berikut adalah perincian kes :

DAERAH MELAKA TENGAH

Mukim Tanjung Minyak
▪︎ 1 kes jangkitan tempatan
▪︎ Kes daripada saringan kontak rapat
▪︎ Kontak keluarga
▪︎ Umur : 8 tahun
▪︎ Kluster Rambai

Mukim Bukit Rambai
▪︎ 3 kes jangkitan tempatan
▪︎ Saringan kontak rapat
▪︎ Faktor risiko; lawatan kes positif daripada Kluster Sungai Redan (Pasir Gudang, Johor)
▪︎ Umur : 8, 60 dan 71 tahun
▪︎ Kluster Sungai Redan

DAERAH ALOR GAJAH

Mukim Machap
▪︎2 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan bergejala
▪︎Sejarah lawatan ke Selangor
& menghadiri kenduri di Pahang
▪︎Umur : 24 & 24 tahun
▪︎Siasatan lanjut masih
diteruskan

DAERAH JASIN

Mukim Jasin
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak rapat kes positif sebelum ini.
▪︎Umur : 84 Tahun

Mukim Umbai
▪︎2 kes jangkitan [ IMPORT B]
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat & bergejala.
▪︎Sejarah perjalanan ke
Gombak dan disahkan kontak
rapat kes positif di sana.

Sebanyak 305 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC, dengan tiga kes ICU, sementara 26 kes sembuh baharu direkodkan untuk hari ini, kata laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (254 kes) dan Machap (97 kes) hari ini masih di dalam zon merah, sementara enam belas belas mukim lagi dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Durian Tunggal (5 kes) Klemak (3 kes), Sungai Baru Ilir (7 kes), Sungai Baru Tengah (1 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bandar Melaka (1 kes) Bertam (2 kes), Bukit Katil (1 kes), Bukit Rambai (7 kes), Cheng (1 kes), Semabok (1 kes), Tangga Batu (5 kes), Tanjung Kling (9 kes), Tanjung Minyak (1 kes), Telok Mas (3 kes) dan Ayer Panas (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak
1925 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 747 kes dan diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 360 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Labuan dan Perlis.