Home Artikel PAS Sarawak

PAS Santuni Penduduk Samariang

351
SHARE

Oleh : Sufi Saif

Petra Jaya, 26 Disember : PAS Samariang telah menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk Kampung Samariang Teruntum semalam.

Seramai 20 keluarga menerima sumbangan keperluan harian berbentuk beras, gula dan lain-lain dalam Program Ziarah Kasih. khususnya membantu meringankan beban kehidupan mereka yang rata-ratanya bekerja sendiri.

Ziarah Kasih ini turut dihadiri Penyerlas Dun Samariang Sabirin Saat, Ketua Muslimat PAS Petra Jaya Habsah Bujang serta petugas PAS Samariang.

“Kita mengharapkan keadaan pandemik COVID-19 akan segera berlalu dan masyarakat diminta untuk kekal jaga penjarakkan sosial serta patuhi SOP yang ditetapkan.” ujar Sabirin.

PAS Samariang mengalukan sumbangan orang ramai bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun 561190821275(Maybank) atas nama PAS Kawasan Petra Jaya.