Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : YTM Tunku Abdul Rahman dilantik Setiausaha Agung Sekretariat Islam pertama

818
SHARE

26 DISEMBER 1970 – SABTU

PADA hari ini dalam tahun 1970, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra, telah disahkan pelantikannya sebagai Setiausaha Agung pertama bagi Sekretariat Islam.

Pengesahan tersebut telah dibuat dalam Persidangan Menteri-menteri Luar Negara-negara Islam di Karachi, Pakistan.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu telah dihadiri oleh 23 buah negara Islam bagi membincangkan perkara-perkara yang telah disusun dalam sidang di Jeddah pada bulan Mac 1970.

Antara topik yang dibincangkan dalam persidangan ini terdiri daripada beberapa agenda penting yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan Islam.

Ketika berucap pada persidangan itu, Tunku menyatakan bahawa banyak perkara boleh dicapai dan selesaikan oleh Negara-negara Islam sekiranya bersatu dan jujur dalam menyelesaikan permasalahan secara kolektif.

Sesungguhnya, pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Setiausaha Agung pertama bagi Sekretariat Islam merupakan pengiktirafan dan penghormatan yang tinggi kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang kecil.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Kredit foto : Google