Home Berita PAS Melaka

PAS Dun Telok Mas lancar jentera pilihan raya – Khairulanuar

512
SHARE

Oleh: Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 23 Dis: Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Telok Mas telah mengadakan pelancaran jentera pilihan raya peringkat Dun bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan dalam masa terdekat.

Pelancaran ini diadakan serentak dengan program Siri Jelajah 100 Hari PAS di dalam Kerajaan Negeri Melaka bagi peringkat Kawasan Kota Melaka, di sini malam tadi.

Antara objektif pelancaran jentera pilihan raya ini adalah bagi menyusun gerak kerja secara teratur mengikut keadaan semasa untuk menguatkan jentera PAS bagi menghadapi PRU-15.

Jentera pilihan raya ini terdiri daripada beberapa individu yang mempunyai pelbagai latar belakang serta pengalaman, khusus untuk mendepani PRU-15 dengan lebih yakin dan teguh memegang prinsip yang dibawa oleh PAS sejak dahulu.

Menurut Pengarah JPRD PAS Telok Mas, Khairulanuar Abdul Gani, jentera pilihan raya PAS DUN Telok Mas mesti bersedia seawal mungkin bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan jentera untuk menghadapi PRU-15 dalam masa terdekat.

Tambahnya lagi, semua ahli PAS perlu membuktikan bahawa PAS adalah medium yang terbaik kepada warga Telok Mas dan seluruh jentera agar mengerahkan seluruh tenaga dan bersiap sedia bersama rakan dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.

Majlis pelancaran yang disertakan dengan tayangan montaj ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek yang turut menyampaikan sijil pelantikan Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihan Raya Unit Daftar Mengundi (JPRUDM) kepada wakil setiap Ketua JPRUDM dalam DUN Telok Mas.

Hadir bersama dalam majlis pelancaran tersebut adalah isteri Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Datin Ustazah Safinah Hashim, Timbalan Yang Di-pertua PAS Kawasan Kota Melaka, Zuhaidi Yusof, bersama-sama dengan AJK Kawasan yang lain, antaranya Ketua Penerangan, Azmi Aziz, Pemangku Ketua Dewan Muslimat, Rohani Hassan, Ketua Dewan Pemuda, Zulhilmi Suboh, Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Sudin Nooh dan Ahli Jawatankuasa lain.