Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Keretapi elektrik diperkenalkan di Pulau Pinang

583
SHARE

SABTU – 23 DISEMBER 1905

PADA hari ini dalam tahun 1905, pihak Suruhanjaya Bandaran Pulau Pinang telah mencuba penggunaan sistem keretapi eletrik yang pertama di Pulau Pinang.

Sebenarnya sejarah perkhidmatan keretapi di Pulau Pinang telah bermula sejak tahun 1880 lagi, iaitu apabila Penang Steam Trainways Company memperkenalkan sistem keretapi wap di antara Air Itam dan Waterfall.

Walau bagaimanapun Ken Stuart’s Penang Steam Trainways Limited yang menguasainya dalam tahun 1900 telah melelongnya pada bulan Mei 1900. Pihak kerajaan Negeri terpaksa membeli sistem keretapi wap ini untuk kepentingan rakyat.

Kerja-kerja pengurusan seterusnya diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Bandaran. Mulai April 1904, pihak Suruhanjaya Bandaran yang mendapat pinjaman daripada Kerajaan Negeri sebanyak $40,000 dollar menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian landasan dan lokomotif untuk membolehkan penggunaan kuasa eletrik.

Seterusnya pada hari ini dalam tahun 1905, sistem keretapi eletrik yang pertama di Pulau Pinang juga di Tanah Melayu telah diperkenalkan. Manakala perkhidmatan penumpang keretapi eletrik bermula pada 1 Januari 1906 di laluan sepanjang 4 km antara Penjara dan Jeti.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Di bawah ini dipaparkan beberapa gambar lama yang dipercayai sebagai keretapi elektrik Pulau Pinang yang dimaksudkan dalam catatan sejarah ini. Gambar-gambar ini bukan daripada Arkib Negara Malaysia (Kredit foto : Google)