Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Penubuhan Angkatan Tentera Laut Malaya (Malayan Force)

352
SHARE

SELASA – 21 DISEMBER 1948

PADA hari ini dalam tahun 1948, Ordinan menubuhkan Angkatan Tentera Laut Malaya telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Singapura. Ordinan ini dibentangkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan Encik P.A.B Mc Kerron.

Menurut beliau, Angkatan Tentera Laut Malaya ini akan berusaha melatih seramai 750 orang anggota menjelang 1951 sebagai teras kepada angkatan ini. Buat permulaannya Angkatan Tentera Laut akan dibiayai oleh Tabung Pertahanan Singapura.

Ia juga akan memohon bantuan daripada British Royal Navy terutama dalam bidang teknikal, peralatan, latihan dan menggunakan kapal British Royal Navy.

Penubuhan Angkatan Tentera Laut Malaya memang kena pada masanya di waktu dunia masih lagi bergolak selepas Perang Dunia Kedua, tambahan pula Malaya dan Singapura dikelilingi oleh laut yang sudah pasti sentiasa terdedah pada musuh.

Ia juga memberi peluang kepada golongan muda untuk menyertai Angkatan Laut ini bukan sahaja untuk mempertahankan negara tetapi sebagai menunjukkan semangat patriotisma.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia